Tip Jimat Minyak Kereta.
3 Rahsia Cara Pemanduan.
Satu daripadanya adalah tip jimat minyak kereta. Ramai pemilik kenderaan cenderung untuk mengetahui tip ini. Lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan kenaikan harga minyak.Artikel kali ini akan membuka mata kita mengenai cara-cara untuk menjimatkan minyak kereta. Cara ini juga bukan cara ‘hitam’ yang menggunakan sebarang trik, bahan, atau mana-mana bahagian dalaman kereta.
Cara Memandu Memberi Kesan Pada Penggunaan Minyak Kereta
Kebanyakan pemandu kereta tidak mengambil endah tentang cara pemanduan kereta. Sedangkan ini adalah satu daripada faktor penting dalam tip penjimatan minyak kereta.Buat pengetahuan para pembaca, terdapat beberapa cara pemanduan yang memberi kesan yang besar terhadap penggunaan minyak kereta kita.
Antaranya adalah:
- Kelajuan statik.
- Penggunaan gear.
- Kawalan stereng.
Apabila kita memandu menggunakan kelajuan yang statik di jalan raya, ia sangat membantu untukmenjimatkan minyak. Ini kerana ia mengurangkan pecutan mengejut.
Dalam masa sama, penggunaan brek yang minimum juga mendorong kepada penjimatan minyak kereta.
Penambahbaikan dari segi teknologi untuk membendung isu ini adalah menerusi fungsi ‘auto cruise‘ dan gear ‘overdrive‘.
#2 – Penggunaan Gear – Rendah atau Tinggi?
Penggunaan gear memainkan peranan dalam isu penjimatan minyak kereta ketika memandu. Justeru itu, sentiasa peka dan pilih gear yang sesuai apabila memandu di jalan raya.
Biasanya kesilapan yang dilakukan di sini adalah pengguna kereta menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi. Ini menyebabkan pembaziran minyak.
#3 – Kawalan Stereng – Jangan Usik-usik
Kurangkan penggunaan stereng kereta ketika memandu di jalan yang lurus. Perbuatan mudah ini dapat meminimumkan geseran tayar dengan permukaan jalan.
Sekaligus mengurangkan tekanan enjin untuk menggerakkan kereta.
0 comments:
Post a Comment